MALU

Senin, 09 Agustus 2010

| | |
"Aduhai,setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai,setiap lelaki juga dikurniakan oleh ALLAH sifat MALU
Kerana MALU si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama menjaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan,HALAL dan HARAM tu kena INGAT!!!
Kerana MALU itu si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya...JANGAN mengajak si wanita berbuat dosa,selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH!!!"

Kini si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH
Kerana telah hilang MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!!!

Sabda Rasul SAW"SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN".
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri
Dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya

MALUlah kamu dengan ALLAH kerana INGKAR akan SURUHANNYA
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH SAW kerana meninggalkan SUNNAHnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBU BAPA
MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu
Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar wal mungkar!!!
WALLAHUA'LAM...



- - - - - - -

copywrite >> http://www.lailahaillallah.com/bulletin/view/id_15/

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 komentar:

Posting Komentar