20 Perkara "Jangan"

Senin, 09 Agustus 2010

| | |
1)Jangan sengaja melewatkan solat.Perbuatan ini ALLAH tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.
2)Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas(selipar).Takut kalau2 terbawa keluar najis ,mengotori seluruh rumah kita.
3)Jangan makan & minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ianya membahayakan.
4)Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapan.(PAPA KEDANA)
5)Jangan tidur selepas solat subuh,nanti rezeki mahal kerana pagi itu membuka pintu berkat.
6)Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan nanti rezeki kita dikongsi bersama syaitan LAKNATULLAH.
8)Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat amar ma'ruf nahi mungkar.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
9)Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10)Jangan bergaul bebas ditempat kerja.Banyak buruk dari baik.
11)Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12)Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13)Jangan mengumpat sesama rakan taulan nanti rosak persahabatan kita,hilang bahagia.
14)Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita nanti kita sombong apabila berjaya,gagal jika kecewa.
15)Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki.
16)Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17)Jangan biasakan berbohong,kerana itu adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18)Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19)Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20)Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita.ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya...

Namun hakikatnya kita sebagai hamba ALLAH tidak pernah lari daripada semua ini begitu juga dengan diri saya...bagaimana untuk mengubah semua ini??cuba kita tanya pada diri kita...


- - - - - - -
copywrite >> http://www.lailahaillallah.com/bulletin/view/id_16/
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 komentar:

Posting Komentar