Ahmad, ibnu Hibban dan al-Hakim meriwayatkan, bahawa Anas dan lain-lainnya dari kalangan pera sahabat yang pernah ditanya: "Apakah Nabi s.a.w. pernah bersabda: "penyesalan itu adalah taubat?"Dia menjawab: "Ya".
Penyesalan merupakan sendi taubat yang paling utama, seperti jika dikatakan: "Haji itu adalah Arafah". Ertinya, rukun haji yang paling besar adalah wuquf di Arafah.
Penyesalan ini disertai dengan rasa kecewa, kesedihan dan kerugian selalu mengigit hati, membakar diri dari dalam setiap kali dia teringat penderhakaannya kepada Allah. lalu hatinya tidak tenang, tidak merasakan kebahagiaan, tidak boleh tidur nyenyak kerana penderhakaannya sentiasa membayang di pelupuk mata, baik siang mahupun malam. ini merupakan gambaran keterbatasan amalnya dihadapan Allah. dia selalu ingat padanya. dia ingat nikmat Allah yang diberikan kepadanya, dan pada waktu yang sama dia ingat penderhakaannya kepada Allah. disebutkan di dalam sebuah hadis qudsi:
" sesungguhnya Aku, jin dan manusia berada dalam khabar yang besar. Aku yang menciptakan sementara selain-Ku yang disembah. Aku yang memberi rezeki sementara selain-Ku yang disyukuri. kebaikan-Ku turun kepada hamba, dan kejahatan mereka naik kepada-Ku. Aku suka melimpahkan nikmat-Ku kepada mereka dan Aku tidak membutuhkan mereka, namun mereka marah kepada-Ku dengan mengerjakan berbagai-bagai macam kederhakaan, padahal mereka sangat membutuhkan-Ku" (Diriwayatkan al-Hakim dan al-Tarmizi)
siapa yang hendak bertaubat, hendaklah mengingati kembali semua kurnia Allah dan nikmat-nikmatNya. mengenang kembali semua dosa dan penderhakaannya kepada Allah. lalu, terdetik rasa penyesalan dan rasa putus asa, yang denga cara ini boleh encairkan hati, sebagaimana gumpalan garam yang melarut di dalam air. Allah menggambarkan sifat-sifat orang yang bertaubat :
" Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabial bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (karana mereka dipulaukan), dan hati mereka menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan kembali (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat . Sesungguhnya Allah Dialah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (surah at-Taubah: 118)
perhatikanlah bagaimana bumi terasa sempit bagi mereka, padahal bumi ini amat luas. seiring dengan itu, hati mereke pun menjadi terasa sempit pula dan mereka mengira sudah tidak ada tempat untuk melarikan diri kecuali kepada Allah semata. inilah gambaran perasaan orang yang bertaubat dan inilah makna penyesalan dan inilah makna penyesalan dan inilah unsur pertama dalam taubat. di sini orang yang bertaubat mencuci dosanya dengan air matanya.
- - - - - - -
coppywrite >> http://www.lailahaillallah.com/bulletin/view/id_55/
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
SEO
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar